Monday, January 12, 2009

Melindungi Hak Pengguna

Definisi :
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan dan barangan yang berkualiti, dan tidak mudah dieksploitasi.

Kata Kunci :
Pengguna dibela dan dipelihara agar berilmu dan dijamin perkhidmatan berkualiti.

Contoh :
- Pengeluar mengeluarkan barang mengikut piawaian kualiti SIRIM.
- Kilang memberikan maklumat yang betul dan tepat kepada pengguna dengan percetakan label di atas bungkusan barangannya.
- Pihak sekolah memberikan pendidikan kepenggunaan kepada para pelajarnya supaya faham dengan ilmu pengguna yang bijak.
- Majlis Pengguna menguji dan menilai amalan perniagaan dan memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah pengguna.
- Kerajaan Malaysia telah menetapkan Akta Pengguna supaya para pengguna yang tertipu boleh membuat aduan mahkamah kepada para pengedar yang tidak bertanggungjawab.

Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya

Definisi :
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan.

Kata Kunci :
- Layanan yang bersopan
- Pengiktirafan golongan kurang berupaya

Contoh :
- Ramsey membantu seorang pemuda yang cacat penglihatan melintas jalan.
- Pertubuhan orang-orang cacat telah mengadakan satu pertunjukan silap mata untuk menghiburkan orang-orang cacat.
- Pihak sekolah memberikan perkhidmatan pengajaran huruf " Braille " kepada pelajar-pelajar yang cacat penglihatan.
- Sekolah khas untuk pelajar yang cacat penglihatan telah didirikan di Pulau Pinang.
- Pihak universiti tempatan telah mengambil beberapa kakitangan yang kurang berupaya.

Melindungi Hak Pekerja

Definisi :
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Kata Kunci :
Menghargai, menghormati dan mengiktiraf golongan pekerja

Contoh :
- Syarikat Wyeth memberikan bonus kepada pekerja setelah mendapat keuntungan yang banyak.
- Kilang Adventure menyediakan kemudahan bas percuma kepada pekerjanya untuk memudahkan mereka berulang-alik ke kilang.
- Sulaiman telah diberikan peluang untuk naik pangkat dan kenaikan gaji kerana sumbangannya kepada syarikat.
- Tuan Zainuddin menjaga keselamatan pekerjanya dengan memastikan mereka memakai sarung tangan ketika mengoperasi mesin-mesin di kilang.
- Syarikat Sunshine menginsuranskan semua pekerjanya dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial.

Menghormati Hak Wanita

Definisi :
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberikan sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Kata Kunci :
Melindungi dan mengiktiraf hak wanita

Contoh :
- Puan Haslinda menjawat jawatan pengetua di sebuah sekolah yang ramai guru lelaki atas kriteria kebolehannya.
- Penggubalan akta dan dasar yang melindungi hak wanita oleh pihak kerajaan untuk melindungi wanita di Malaysia.
- Pihak sekolah tidak meminggirkan pelajar perempuan, sebaliknya memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka.
- Ah Long sangat menyayangi isterinya dan dia amat menghormati keputusan isterinya.
- Pihak media tidak mengeksploitasikan kedudukan wanita untuk menarik pelanggan semata-mata untuk keuntungan masyarakat.

Melindungi Hak Kanak-kanak

Definisi :
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan yang sempurna.

Kata Kunci :
Hak kanak-kanak hendaklah dibela dan dipelihara.

Contoh :
- Encik Ramasamy telah memberikan pendidikan persekolahan kepada semua anaknya tanpa mengira jantina.
- Yee Lian telah melaporkan kejadian penderaan kanak-kanak yang telah berlaku di sebelah rumahnya.
- Kerajaan Malaysia telah mendrafkan undang-undang dan akta yang melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan penganiayaan.
- Sekolah Rendah Chukai telah mengambil bahagian dalam Sambutan Hari Kanak-Kanak di peringkat daerah Kemaman.
- Ah Seng memberikan makanan dan pakaian yang sempurna kepada anak-anaknya.

Wednesday, January 7, 2009

Sanggup Berkorban Untuk Negara

Definisi :
Kerelaaan melakukan sesuatu atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara.

Kata Kunci :
- Rela berkorban untuk negara

Contoh :
- Datuk Izhar Mansoor telah berjaya belayar solo mengelilingi dunia bersama Jalur Gemilang.
- Roger menyertai aktiviti rukun tetangga di kawasan kediamannya untuk membanteras kegiatan jenayah yang dilakukan oleh sekumpulan pendatang tanpa izin.
- Kamaruddin menyertai Pasukan Kadet Tentera di peringkat sekolah kerana dia bercita-cita menjadi tentera dan berkhidmat untuk negara.
- Siok Lan berpendapat mengambil bahagian dalam " Hari Bendera " anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM ) sebagai membuang masa sahaja.
- Keluarga Sidek telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa dalam arena badminton.