Friday, November 14, 2008

Bertanggungjawab

Definisi :
- Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Kata kunci :
- Kesanggupan memikul
- Melaksanakan tugas / kewajipan dengan sempurna

Contoh :
- Mazlan tidak membahayakan diri dengan berlumba motosikal haram kerana dia faham perbuatan tersebut melambangkan rakyat yang tidak bertanggungjawab.
- Harry mematuhi undang-undang sekolah dengan berpakaian kemas seperti seorang pelajar yang bertanggungjawab.
- Koperal Farid daripada pasukan polis tidak pernah menerima rasuah kerana ini merupakan kesalahan dan perbuatan tidak bertanggungjawab bagi seorang anggota polis.
- Selaku setiausaha Persatuan Alam Sekitar, Mohd Zaki tidak menolak tugas yang diamanahkan oleh gurunya untuk menulis minit mesyuarat.
- Nik Karim melakukan kerja rumahnya sehingga siap sebelum dia pergi berehat menonton televisyen.

3 comments:

Unknown said...

Boleh x bagi kepentingan sifat bertanggungjawab?....Anyway BAGUS👍👍👏❤

Unknown said...

Bagus . Mudah saya nak faham ,terima kasih ,ini sangat membantu saya

Unknown said...

Saya anak tunggal mak&ayah tiada lagi